fb fb fb fb fb

Banjir kilat, 83 penduduk di Raub dan Lipis ditempatkan di tiga PPS

RAUB, 3 November- Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Raub dan Lipis, Pahang bagi menempatkan 83 penduduk terjejas susulan banjir kilat, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, 64 penduduk daripada 14 keluarga ditempatkan di dua PPS di Raub.

Daripada jumlah itu, 45 penduduk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Atok manakala selebihnya di PPS Balai raya Batu Talam.

Sementara itu di Lipis, 19 penduduk daripada 8 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit.

(Operasi memindahkan penduduk terjejas)

Media Baharu