fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah

Penduduk yang ditempatkan di PPS

KOTA BHARU, 22 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan kekal seramai 370 orang daripada 95 keluarga yang direkodkan setakat pukul 7.00 malam tadi.
 
Kesemua mereka ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Puteh.
 
Menurut laman sesawang Info Bencana Banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Puteh masih merekodkan penduduk terjejas banjir paling ramai di negeri itu iaitu seramai 312 orang.
 
Kesemua mereka daripada 81 keluarga itu ditempatkan di empat PPS di daerah tersebut.
 
Manakala, 58 penduduk terjejas banjir daripada 14 keluarga di Bachok pula masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) daerah itu.
 
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE