fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Penduduk terjejas akur pindah ke PPS demi keselamatan

Nur Awanis Mohd Anneur membancuh susu untuk anaknya

BACHOK, 22 November- Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan antara 43 penduduk terjejas banjir yang  dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, selepas kediaman mereka dinaiki air.

Menurut ibunya, Nur Awanis Mohd Anneur, ini merupakan pengalaman pertamanya tinggal di PPS bersama anak yang masih kecil.

Katanya, dia bersama suami dan anaknya itu mula berpindah ke PPS pukul 8 malam tadi  selepas rumahnya di Kampung Budi, Bachok dinaiki air.

Jelasnya, walaupun agak mencabar tinggal di PPS bersama anak kecil, namun demi keselamatan nyawa keluarganya dia memilih untuk berpindah.

Bagaimanapun dia bersyukur dan gembira kerana di PPS tersebut turut menempatkan ibu serta kakaknya yang turut terjejas selepas rumah mereka juga dinaiki air.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE