fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan : Jumlah penduduk terjejas meningkat

(FOTO BERNAMA)

PASIR MAS, 13 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menyaksikan peningkatan penduduk yang dipindahkan.

Portal infobencana JKM merekodkan sehingga jam 4:00 petang, 1,574 penduduk daripad 512 keluarga berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka melibatkan jajahan Pasir Mas.

PPS SK Tok Deh menyaksikan jumlah paling ramai iaitu 668 orang daripada 203 keluarga diikuti SK Gual Periok, 359 orang daripada 111 keluarga dipindahkan.

Lain lain PPS ialah SK Sri Kiambang (169), SK Kubang Kual (164), Putat Tujoh (140), Masjid Mukim Padang Licin (57) dan 17 penduduk di SK Gual Sitok.

Laman Web Rasmi public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan trend menurun namun masih melebihi paras bahaya iaitu 9.81 meter.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu