fb fb fb fb fb

Labuan sambut Hari Peringatan Perang

LABUAN, 13 November - Hari Peringatan Perang atau ‘Remembrance Day’ disambut di sini bagi memperingati anggota keselamatan negara-negara komanwel yang terkorban semasa Perang Dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata upacara ke-103 tahun itu diadakan sebagai simbolik penghormatan dan memperingati hampir 4,000 pejuang perang yang gugur dalam pertempuran atau penawanan di Borneo dan Labuan.

(Rithuan Mohd Ismail ketika ditemui pemberita RTM)

"Hari ini sambutan agak menggalakkan dan Alhamdulillah kita melihat juga daripada segi program yang datang tadi, memang menyatakan rasa puas hati dengan sambutan kita Insya-Allah pada tahun hadapan kita menjemput lagi datang," kata Rithuan di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program yang berlangsung di Taman Peringatan Perang (WWII) bertempat di Jalan Tanjung Batu.

Tambahnya, program sedemikan bertindak sebagai serampang dua mata bagi memperkenal prospek pelancongan di sini.

Upacara dihadiri oleh delegasi seperti Pesuruhjaya Tinggi Negara Komenwel yang terlibat seperti British, Australia, New Zealand dan India, selain Brunei Darussalam.

"Saya percaya ini boleh dijadikan satu destinasi pelancongan kepada rakyat Brunei dan oleh kerana sempadan darat dan laut antara Malaysia dan Brunei telah dibuka pada 1 Ogos tahun ini, kita ingin melihat kembali jumlah kedatangan pelancong yang lebih banyak dari Brunei, bukan sahaja ke Sabah dan Sarawak malahan Labuan," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Media Baharu