fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Jumlah penduduk terjejas banjir bertambah

Setakat ini tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka

PASIR PUTEH, 22 November - Setakar 12.00 tengahari jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menunjukkan sedikit meningkat, berbanding pagi tadi.

Menurut laman sesawang Info Bencana Banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Machang.
 
"Pasir Puteh merekodkan seramai 331 penduduk terjejas banjir daripada 86 keluarga yang ditempatkan di empat PPS iaitu, Sekolah Kebangsaan dalam Rhu, Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Sekolah Kebangsaan Sungai Petai dan Dewan Kompleks Kamil.
 
"Manakala dua PPS dibuka di Bachok menempatkan 73 penduduk terjejas banjir daripada 18 keluarga iaitu Sekolah Kebangsaan Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.
 
Di Machang pula, jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke PPS SK Pak Roman kekal lima orang berbanding pagi tadi.

Sementara itu menurut public infobanjir JPS, satu sungai utama mencatatkan aras melebihi tahap amaran iaitu Sg Golok di Rantau Panjang iaitu 8.46 meter dan trend adalah menaik.

TETITIA YUSOFF