fb fb fb fb fb

Lebih separuh aduan berhubung peruntukan cuti bersalin selesai

Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud

KUALA LUMPUR, 22 November - Kementerian Sumber Manusia telah menerima sebanyak 44 kes aduan berhubung peruntukan cuti bersalin setakat 31 Oktober lalu, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud.

Daripada jumlah itu 28 aduan adalah berasas dan majikan berkenaan telah diberi peringatan selain tindakan pembetulan telah diambil.

Kes berkenaan juga telah diselesaikan melalui pematuhan majikan dengan pemberian kelayakan tempoh cuti bersalin selama 98 hari kepada pekerja.

"Majikan yang didapati tidak mematuhi peruntukan tersebut telah dinasihatkan untuk membuat tindakan pembetulan dan sekiranya gagal kertas siasatan akan dibuka untuk tindakan pendakwaan atau kompaun dengan denda maksimum sehingga RM50,000 jika disabit kesalahan," kata Mustapha menjawab pertanyaan Ipoh Barat, M. Kulasegaran berhubung isu berkenaan, di Dewan Rakyat.

Akta Kerja 1955 memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 98 hari selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Konvensyen Perlindungan Materniti 2000.

Ia menetapkan tempoh cuti tidak kurang daripada 14 minggu atau 98 hari.

TETITIA YUSOFF