fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas meningkat di Perak

(FOTO RTM)

BATANG PADANG, 15 Februari-Jumlah penduduk di Batang Padang dan Maulim meningkat sebanyak 325 orang daripada 92 keluarga setakat pukul lapan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di 2 daerah tersebut.

PPS Dewan Orang Ramai Kg Samy dan PPS SMK Chenderiang di daerah Batang Padang dibuka menempatkan 55 penduduk daripada 16 keluarga.


Manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah dan PPS SK Slim River di daerah mualim pula menempatkan 270 penduduk daripada 76 keluarga.


Banjir kilat menyebabkan beberapa rumah di kampung berkenaan terjejas susulan hujan lebat yang berlaku semalam.


(Banjir di daerah Batang Padang dan Mualim semakin buruk/FOTO RTM)

Media Baharu