fb fb fb fb fb

ABM dan CIDB berjaya lahirkan 405,000 pekerja mahir binaan sejak 2001

(FOTO RTM)

HULU TERENGGANU, 15 Februari-Lebih 405,000 pekerja mahir binaan berjaya dilahirkan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menerusi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Sdn. Bhd. (CIDB Tech) sejak tahun 2001.

Ia adalah bertepatan dengan kehendak pasaran serta memenuhi kelayakan didalam industri pembinaan tempatan serta luar negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, para pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia agar menceburi bidang TVET yang menjanjikan pendapatan lumayan.

"Jangan kecewa kalau kelulusan SPM tidak berapa memberangsangkan. Kita galakkan ke sini. TVET juga salah satu perkara termasuk di bawah Masyarakat Madani yang diperkenalkan oleh PM. Maknanya kesemua masyarakat terlibat termasuk pendidikan dan Teknikal," katanya pada Majlis Graduasi Ke-9 ABM dan CIDB Tech Wilayah
Timur di ABM Wilayah Timur, di sini.

Seramai 142 pelatih ABM menerima sijil tamat latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan CIDB.

 


(Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad/ FOTO RTM)

Media Baharu