MERSING, 20 Disember- Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Mersing ditutup sepenuhnya hari ini.
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mersing selepas penilaian keadaan kawasan serta dengan persetujuan Pengerusi JPBD Daerah.
Menurut JPBD Mersing, PPS yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching dan SK Labong.
Ketiga-tiga PPS berkenaan ditutup pada pukul 12.00 tengah hari tadi, susulan keadaan yang telah beransur pulih dan selamat.
JPBD Mersing turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat serta penduduk terkesan atas kerjasama sepanjang tempoh pengoperasian pusat pemindahan.