fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Penduduk terjejas berkurang kepada 5,020 pagi ini

FOTO FAIL

JOHOR BAHRU, 12 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor mencatatkan pengurangan kepada 5,020 orang setakat pukul 6.00 pagi tadi, berbanding 6,022 orang pada 11.00 malam semalam.

Mereka kini berlindung di 36 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan Kota Tinggi kekal paling ramai iaitu 4,135 penduduk terjejas daripada 1,148 keluarga di 24 PPS.

"Diikuti Johor Bahru,  336 orang daripada 89 keluarga di tiga PPS. Kluang kekal 350 penduduk daripada 102 buah keluarga di tiga PPS. Manakala daerah lain seperti Segamat masih 95 orang dengan 28 buah keluarga di tiga PPS serta Batu Pahat juga kekal sama 87 penduduk daripada 26 keluarga terjejas di dua PPS," menurut JPBN.

Sementara itu Pontian kekal 17 orang daripada empat buah keluarga berlindung di sebuah PPS.

Jalan Mawai, di Kota Tinggi, Jalan Tanah Abang di Mersing dan Lingkaran Kahang, Kluang masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

TETITIA YUSOFF