fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Masjid utama di kawasan terjejas dijadikan PPS

(Foto fail)

BATU PAHAT, 3 Mac- Masjd utama di kawasan terjejas banjir di Johor akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Exco Hal Ehwal Agama Negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata langkah itu merupakan pelan kontigensi bagi menampung penempatan penduduk terjejas banjir yang semakin meningkat.

Katanya, pelan garis panduan juga disediakan bagi menjaga kemuliaan masjid.

Masjid terlibat juga dibenarkan untuk membantu urusan penyediaan makanan bagi tujuan pengedaran untuk diagihkan kepada penduduk di PPS berdekatan.

(Masjd utama di kawasan terjejas banjir di Johor akan dijadikan PPS/Foto hiasan)

Media Baharu