fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Bilangan penduduk terjejas tidak berubah

Tiga PPS masih dibuka

JOHOR BAHRU, 28 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir kekal 121 orang yang melibatkan 39 keluarga setakat pukul 4.00 pagi tadi, ditempatkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, ia membabitkan daerah Segamat dan Mersing.

"PPS terlibat ialah Kompleks Taman Negara Endau Rompin, Mersing menempatkan 91 penduduk daripada 32 keluarga dari Kampung Peta.

"Manakala PPS Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat menempatkan 22 penduduk daripada enam keluarga.

"Selain PPS Balairaya Kampung Jabi, menempatkan lapan penduduk daripada satu keluarga," menurut kenyataan itu.

Laluan ke Kampung Peta masih terputus manakala laluan Jalan Jabi-Bukit Tempurung hanya dibuka kepada kenderaan berat.

TETITIA YUSOFF