fb fb fb fb fb

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas di Terengganu

Foto JBPM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Kegembiraan tiga kanak-kanak bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya dikhuatiri lemas. Semasa kejadian, ketiga-tiga mereka mandi di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu.

Mangsa Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11 tahun dikatakan ke sungai itu pada pukul 4.00 petang.

Dua lagi mangsa yang terselamat adalah adiknya, Muhammad Firas 9 tahun dan identiti seorang lagi rakannya sedang dikenal pasti.

Seorang saksi Ahmad Taufik Yusof berkata kejadian disedari selepas dia mendengar suara kanak-kanak meminta tolong. Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa gagal selepas dia dihanyutkan arus deras.

"Lepas azan asar saya dengar ada budak minta tolong. Jadi dalam keadaan cemas saya pergi  tengok, ada dua orang terkapai-kapai dan yang seorang lagi tenggelam, dan yang seorang lagi hampir tenggelam sempat saya pegang rambutnya, bawa ikut arus dan saya berpaut pada pokok kecil, arus laju", katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba Terengganu, Mohd. Khairiri Mat Resad berkata, insiden tersebut adalah kes lemas pertama di Terengganu sejak banjir gelombang pertama November lalu.

operasi mencari mangsa diperluas sehingga 30 meter dari lokasi terakhir mangsa ditemui.

"Kes ini merupakan kes pertama, kes lemas pertama Monsun Timur Laut 2023/2024. Jadi kita tIdak mahu ada kejadian-kejadian seumpama ini lagi.

"Berulang kali saya menyeru kepada masyarakat supaya sentiasa mengambil berat tentang keselamatan terutama kanak-kanak yang sangat terdedah dengan risiko lemas sekiranya tidak diberi perhatian yang serius", katanya kepada media di sini.

Selain anggota bomba, turut terlibat dalam operasi pencarian adalah polis, pegawai perubatan dan rela.

ROSLINA BINTI DIN