KOTA BHARU, 28 Disember - Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas beroperasi semula hari ini.
Perkara pembukaan semula itu dimaklumkan Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan menerusi satu kenyataan.
Pada Selasa, Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup sementara berikutan kawasan sekitarnya terjejas banjir sehingga menyukarkan orang ramai untuk datang ke lokasi itu.