fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang

Foto BERNAMA

JOHOR, 26 Mac- Situasi banjir di Johor terus menunjukkan tanda-tanda positif, apabila angka penduduk terjejas berkurang setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, kepada 519 orang daripada 146 keluarga.

Kesemua mereka masih berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat dan Pontian.
 
Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 395 penduduk terjejas direkodkan di empat PPS di Batu Pahat manakala 124 penduduk di tiga PPS, Pontian.
 
Dalam pada itu, perkongsian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, laporan pemasangan pam hidraulik bergerak di Batu Pahat dan Pontian, awal pagi tadi.
 
Ia bagi mempercepatkan penyusutan aras banjir di beberapa kawasan terlibat

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM