fb fb fb fb fb

18 vendor tempatan terima pengiktirafan, sumbangan cemerlang projek ECRL

Foto hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Seramai 18 vendor tempatan, termasuk perunding dan subkontraktor menerima pengiktirafan atas sumbangan cemerlang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Penghargaan daripada China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL), bersempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan 2024.

Kenyataan kontraktor utama ECRL itu menjelaskan,penerima anugerah diukur berdasarkan prestasi dalam pelbagai bidang utama.

Ini termasuk bidang pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar, jaminan kualiti serta pengurusan sumber yang cekap.

Setakat Februari lalu, projek ECRL, merentasi 665 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor, telah mencapai kemajuan keseluruhan 79.95 peratus.

Pengarah Urusannya, Kong Qi berkata, kejayaan projek infrastruktur mega itu adalah hasil daripada komitmen teguh bersama rakan kongsi tempatannya.

Sepanjang tempoh pembinaan, CCC-ECRL telah membentuk kerjasama erat dengan lebih 2,000 subkontraktor, pembekal dan perunding di seluruh negara.

ROSLINA BINTI DIN