fb fb fb fb fb

Banjir Johor: 49 PPS masih beroperasi di enam daerah

Menurut data dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kota Tinggi kekal merekod jumlah penduduk terjejas teramai iaitu , 4,651 daripada 1,256 keluarga berada di 26 PPS.

JOHOR BAHRU, 8 Januari- Situasi banjir di Johor terus menunjukkan perkembangan positif dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup pukul 7 malam tadi. 

Ini menjadikan hanya 49 PPS beroperasi di enam daerah di negeri itu. 

Angka penduduk terjejas banjir menurun kepada 7,357  membabitkan 2,049 keluarga. 

Menurut data dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kota Tinggi kekal merekod jumlah penduduk terjejas teramai iaitu , 4,651 daripada 1,256 keluarga berada di 26 PPS.

Jumlah penduduk terjejas di Johor Bahru turun kepada 904 daripada 248 di lima PPS dan Kluang, 1,627 daripada 498 di 13 PPS. 

Kulai, 86 penduduk daripada 23 keluarga di satu PPS, Pontian, 17 penduduk daripada empat keluarga di satu PPS dan Segamat, 73 penduduk daripada 20 keluarga di satu PPS. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE