fb fb fb fb fb

Banjir: Hanya empat PPS masih beroperasi di Terengganu

Foto Fail

KUALA TERENGGANU, 20 Disember- Cuaca baik sejak pagi Jumaat (19 Disember) membolehkan lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup hari ini, termasuk di Kampung Shukor, Dungun, Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Sivik Air Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor dan Dewan Semai Bakti Felda Neram 2.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, hanya empat PPS masih beroperasi.

Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dungun masih menempatkan 90 penduduk, manakala SK Bukit Mentok di Kemaman menempatkan 380 penduduk.

SK Binjai pula menempatkan 249 orang dan SK Chukai sebanyak 285 orang, menjadikan jumlah keseluruhan penduduk yang masih terjejas sebanyak 1,004 orang.

Kebanyakan penduduk adalah berasal dari di daerah Kemaman akibat fenomena air pasang besar yang berlaku malam tadi.

Sekretariat menambah bahawa sekiranya cuaca baik berterusan, lebih ramai penduduk dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM