KUALA TERENGGANU, 26 November- Setakat 11.00 malam ini, hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun Setiu dan juga Besut.
Ia melibatkan keseluruhan 246 penduduk dari 54 Keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan 133 penduduk berada di SK Kuala Besut.
Seramai 54 orang di SK Atas Tol Kuala Terengganu, Dungun menempatkan 50 penduduk di SK Tok Kah dan Balai Raya Kampung Pelandang, manakala di Setiu hanya sembilan orang yang berada di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh.
Sementara itu, ketika ini hujan masih lagi turun di beberapa daerah termasuk Kemaman, Setiu dan Besut.