fb fb fb fb fb

Banjir di Perak pulih sepenuhnya

FOTO FAIL

IPOH, 25 Oktober - Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Chikus di daerah Hilir Perak ditutup pukul 3.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, kesemua 17 penduduk terjejas banjir daripada tiga keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

"Kesemua penduduk terjejas berada di PPS berkenaan sejak seminggu lepas berikutan Kampung Sungai Tungku, Kampung Parit 12, Kunci Air 4 serta Kampung Permatang Pelanduk terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF