fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: Mangsa terjejas kekal 121 orang

Foto RTM

IPOH, 5 Oktober-Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 121 orang melibatkan 36 keluarga setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terlibat.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian, kekal menempatkan 39 penduduk daripada 11 keluarga merangkumi penduduk Kampung Matang Tengah.

Di Taiping, dua PPS masih dibuka antaranya SK Matang Gelugor, Matang dengan 67 penduduk daripada 19 keluarga terjejas.

Manakala di PPS SK Matang menempatkan 15 penduduk daripada 6 keluarga.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD