fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, jumlah penduduk terjejas menurun

Foto APM

IPOH, 15 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus merekodkan penurunan kepada 217 orang daripada 62 keluarga, setakat pukul 10.00 pagi ini, berbanding 230 orang daripada 68 keluarga sejak petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di daerah Kerian, Kinta dan Hilir Perak.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 109 orang daripada 32 keluarga.

19 penduduk daripada lima keluarga pula dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Chikus.

Sementara itu, di daerah Kinta, PPS yang dibuka adalah di Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A menempatkan sembilam penduduk daripada dua keluarga.

Di daerah Kerian pula, PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menempatkan 80 penduduk daripada 23 keluarga.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM