fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang catatkan peningkatan penduduk terjejas

RAUB, 3 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Raub dan Lipis, Pahang terus menunjukkan peningkatan dengan 161 penduduk daripada 46 keluarga dipindahkan, setakat pukul 4.00 petang tadi.

Bilangan itu bertambah berbanding 157 orang, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka yang terjejas kini ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di dua daerah terbabit.

Di Raub, lima PPS dibuka melibatkan 142 penduduk daripada 38 keluarga terjejas.

Penduduk paling ramai dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok iaitu 51 orang, diikuti Balai Raya Kampung Chenua (38 orang), Balai Raya Kampung Jenud (27 orang), Balai Raya UMNO Kampung Talam (19 orang) dan SK Tersang (7 orang).

Sementara itu, di daerah Lipis, PPS SK Lubuk Kulit masih menempatkan 19 penduduk daripada lapan keluarga terjejas.

Banjir dilaporkan berlaku ekoran hujan lebat berterusan sejak malam semalam yang menyebabkan limpahan air sungai di kawasan berkenaan.


(Anggota APM menyantuni penduduk terjejas banjir di Pahang)

Media Baharu