fb fb fb fb fb

Penjualan telur dihadkan

HULU TERENGGANU, 3 November - Penjualan telur ketika ini terpaksa dihadkan kepada pengguna berikutan kekurangan bekalan di pasaran sejak kebelakangan ini, namun masih mencukupi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga diminta segera mencari penyelesaian bagi memulihkan situasi tersebut.

Hasil pemantauan mendapati ketika ini jualan telur di pasaran terpaksa dihadkan untuk setiap pembelian dan keadaan itu telah menyukarkan peniaga makanan.

 (Rosol ketika ditemui pemberita)

"Telur yang tidak bersubsidi ada, omega banyak dalam pasaran, dan telur tersebut tidak untuk dibuat kuih..bagaimanapun kita berharap perkara ini dapat diselesaikan.

"Ia bukan hanya pengguna yang terjejas malah peniaga makanan amat terkesan berikutan kekurangan bekalan telur selain sukar diperoleh," kata Rosol selepa menyempurnakan Program Advokasi Kepenggunaan dan Jualan Keluarga Malaysia Hulu Terengganu.

Menerusi program itu tahap kesedaran pengguna terutama di Terengganu didapati semakin baik.

Ini terbukti apabila Terengganu dalam satu Kajian Indeks Pemerkasaan Pengguna Malaysia berada pada tahap tertinggi iaitu 68.80 peratus mengatasi Indeks Nasional iaitu 63.1 peratus.

Manakala Hulu Terengganu berada pada tahap 73.0 peratus.

Media Baharu