fb fb fb fb fb

Banjir di Miri: Paras air di daerah Telang Usan naik lebih satu meter

(Foto fail)

MIRI, 10 Oktober- Paras air di semua kawasan daerah Telang Usan di sini dilaporkan meningkat sehingga paras 1.15 meter termasuk di Kampung Long Bemang dan Kampung Long Atip .

Menurut Pemangku Ketua Bomba Dan Penyelamat Zon 6 Miri ,Penguasa Bomba Kanan Dua Ahmad Nizam Sapaiee, setakat ini tiada penduduk terjejas dipindahkan, namun beralih ke tingkat atas rumah mereka.

Ahmad Nizam menambah, walaupun cuaca cerah, bekalan elektrik di kawasan terjejas telah ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pihaknya turut melakukan pemantauan berterusan ekoran hujan lebat dua hari lepas di Rumah Sumob Saeh Putih Niah.

"Seorang penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan paras air di kawasan terjejas semakin surut.

"Bagi kejadian tanah runtuh di Jalan Kejapil Beraya Jalan Pesisir Miri-Bintulu pula, kawasan berkenaan telah dipasang papan tanda dan sawar-sawar oleh pihak berkaitan sejak jam 11.00 malam tadi," katanya.

(Penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan tidak menggunakan Jalan Kejapil Beraya
Jalan Pesisir Miri-Bintulu)

Untuk keselamatan, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan tidak menggunakan Jalan tersebut, sebaliknya menggunakan jalan utama untuk berurusan ke Miri atau ke Bintulu seperti Jalan Pan Borneo atau Jalan Pesisir Miri Bintulu.

Di Kapit, satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka petang semalam di Asrama KPSU Kapit menempatkan 16 orang daripada tiga buah keluarga.

Media Baharu