fb fb fb fb fb

Empat stesen hidrologi sungai di Sarawak melepasi tahap bahaya

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Empat stesen hidrologi di sungai negeri Sarawak mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya setakat pukul 9.15 pagi ini berbanding semalam hanya dua stesen sungai yang dilaporkan.

Berdasarkan Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga stesen merekodkan peningkatan paras air di Sibu dan satu stesen lagi di Bintulu.

Bagi ketiga-tiga stesen di Sibu iaitu Durin Bazaar, bacaan paras air dicatatkan pada 4.73m menunjukkan trend menaik; stesen Jabatan Laut pula menunjukkan bacaan paras air 2.97m; Sungai Salim B mencatatkan bacaan aras air 12.61m.

Manakala bagi stesen Sungai Similajau di Bintulu merekodkan bacaan paras air iaitu 12.61m yang menunjukkan trend menaik setakat 9.15 pagi tadi.

Sementara itu, sebanyak lapan stesen melebihi tahap amaran serta menunjukkan trend menaik iaitu meliputi tiga bahagian di Kapit, Sibu dan Miri.

Stesen sungai di Kapit: Sungai Kapit Town bacaan aras air 14.7m, Punan Bah B bacaan aras air 10.76m dan Kapit New Headworks bacaan aras air 15.28m.

Stesen sungai di Sibu: Stesen Express Terminal bacaan aras air 28.7m, Sungai Bidut bacaan aras air 3.29m, Kanowit Town bacaan aras air 5.51m dan Renan Kemiding bacaan aras air 7.25m.

Stesen sungai di Miri: Long Teru bacaan aras air 7.72m.

Dalam pada itu, lapan lagi stesen menunjukkan tahap waspada yang meliputi tiga bahagian di Miri, Bintulu dan Sibu.

Stesen sungai di Miri: Bekenu bacaan aras air 1.38m, Marudi, aras air 3m dan Batu Niah bacaan aras air 4.44m.

Stesen sungai di Bintulu: Tubau bacaan aras air 6.47m dan Sungai Sibiu abcaan aras air 3.91m

Stesen sungai di Sibu: Nanga Kabah bacaan aras air 6.32m, Sarawak Maritime bacaan aras air 2.88m dan Sungai Merah bacaan aras air 2.72m.



 

 

Media Baharu