fb fb fb fb fb

43 rumah hangus, 200 penduduk di Kudat hilang tempat tinggal

KUDAT, 10 Oktober- Kira-kira 200 penduduk Kampung Tanjung Kapur di sini hilang tempat tinggal selepas 43 rumah jenis tidak kekal hangus dalam kebakaran awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata, 21 anggota bersama tiga jentera memadam kebakaran bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.28 pagi.

“Pemadaman dijalankan menggunakan dua saluran daripada sumber air pili bomba. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.21 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 6.43 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

(Beberapa buah kenderaan turut terbakar dalam insiden tersebut / Foto Facebook APM Kudat)

Operasi oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan BBP Kota Marudu itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Bomba Sukarela Kampung Air dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-BERNAMA

Media Baharu