fb fb fb fb fb

KADA puas hati bajet 2023

KELANTAN, 10 Oktober- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berpuas hati dengan Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Jumaat lalu.

Bajet 2023 yang diumumkan itu disifatkan lebih menyeluruh dan inklusif untuk semua golongan terutama golongan Petani.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, peruntukan besar kepada sektor pertanian sesuai dengan dasar kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan negara dapat berjalan dengan baik.


(Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Kamarudin Md Nor)

"Jumlah yang diperuntukan itu insyaallah boleh kada saya percaya mada pun sama meneruskan kerja kerja memhasilkan pada semaknimal mungkin," katanya kepada pemberita selepas Program Pembangunan Hasil dan Zakat ladang merdeka di Kota Bharu, hari ini.

Dalam perbentangan Bajet 2023 jumaat lalu, bantuan kepada pesawah diperkenalkan semula untuk tahun hadapan dengan memberi bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim yang memanfaatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan 228 juta ringgit.

Sementara itu, Skim Perlindungan Pertanian akan diperkenalkan untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi.

Selain itu, pelbagai subsidi dan insentif merangkumi susbsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif padi serta insentif tangkapan hasil nelayan dengan peruntukan 1.8 bilion ringgit iaitu meningkat 100 juta ringgit berbanding sebelum ini

Media Baharu