fb fb fb fb fb

8 OKU antara yang mulakan pengajian di UTM

JOHOR BAHRU, 10 Oktober- Seramai 3,558 mahasiswa tahun satu, memulakan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini dan 3,401 daripadanya, mendaftar di Kampus Johor Bahru, Johor.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, kesemua pelajar ditempatkan di dalam kampus UTM, yang boleh menampung 13,000 pelajar, termasuk 597 pelajar antarabangsa, dari 35 negara.


(Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail)

Turut mendaftar masuk, lapan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), antaranya, Nur Billahizzah Razib, penghidap sakit saraf yang akan memulakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia.

Meskipun mempunyai ketidakupayaan fizikal, tidak mampu berjalan dan berdiri dalam tempoh masa lama, ia tidak menghalang Billahizzah melanjutkan pengajian.

"Penyakit ini bukan satu penghalang untuk kita berjaya, itu semua cabaran untuk kita kuat bagi masa hadapan, saya punya azam, saya hendak buat yang terbaik, untuk dapat keputusan cemerlang," katanya.

Manakala menurut Naib Canselor UTM, Profesor Datuk dr Ahmad Fauzi Ismail, kesemuanya ditempatkan di dalam kolej, dan boleh menampung lebih kurang 13,000 pelajar.

"Kita boleh menampung dalam ini lebih kurang 13,000 orang, dalam kampus, dan kita ada kemasukkan pelajar antarabangsa juga, dimana untuk pelajar antarabangsa yang post graduate, pasca siswazah, pendaftaran nya sepanjang tahun," katanya.

UTM mempunyai lima kolej kediaman kondusif, yang menempatkan pelajar OKU, dilengkapi fasiliti mesra OKU.

Media Baharu