fb fb fb fb fb

Bajet 2023 mesra wanita merangkumi segenap peringkat

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Memperkasakan golongan wanita demi menjana ekonomi keluarga dan negara.

Bajet 2023 yang mengangkat tema "Keluarga Malaysia, Makmur Bersama" menyaksikan peruntukan yang dikhaskan untuk golongan wanita lebih tinggi berbanding belanjawan sebelum ini.

Jika dibandingkan bajet terdahulu, Bajet 2023 banyak memberi peruntukan kepada aspek pembangunan Keluarga Malaysia terutamanya golongan wanita.

BERITA BERKAITAN
Bajet 2023 mesra wanita merangkumi segenap peringkat
Bajet 2023: RM235 juta dana pembiayaan khas untuk wanita

Ia meliputi aspek pembangunan keusahawanan bagi golongan wanita, isu-isu hal ehwal rumah tangga dan isu berkaitan pendidikan serta kerjaya wanita. Ini menunjukkan kerajaan fokus dalam aspek pembangunan wanita demi mewujudkan golongan wanita yang berprestij dan berkaliber dalam semua aspek.

Dana pembiayaan sebanyak RM235 juta diperuntukkan bagi usahawan wanita akan membuka peluang lebih besar kepada mereka untuk menyertai bidang keusahawan.

(Nur Fathiah Syazwana)

"Sebanyak hampir RM500 juta telah diperuntukan bawah belanjawan 2023 untuk membangunkan kaum wanita. Antara peruntukan yang diumumkan ialah menyediakan bantuan pinjaman sebanyak RM235 juta kepada usahawan wanita bagi memulakan perniagaan. Ini adalah suatu usaha kerajaan yang bagus terutamanya kepada golongan ibu-ibu yang tidak bekerja," kata Usahawan Wanita, Nur Fathiah Syazwana,

"Penyertaan wanita sebagai pembuat dasar dalam 100 syarikat senaraian awam utama dan penubuhan Tribunal AntiGangguan Seksual juga adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada golongan wanita, selama ini," tambah beliau.

(Laporan Mohan Chinnasamy)

Media Baharu