fb fb fb fb fb

PMKS harap penyaluran insentif Bajet 2023 disegerakan

(Insentif itu dapat disegerakan khasnya kepada golongan peniaga PMKS mikro)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Bajet 2023 membawa aspirasi kerajaan dalam usaha membantu aktiviti perniagaan melibatkan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)

Menurut Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berharap, insentif itu dapat disegerakan khasnya kepada golongan peniaga PMKS mikro.

BERITA BERKAITAN
Bajet 2023: Kadar cukai PMKS dikurangkan dua peratus
Bajet 2023: Fokus tambah baik daya saing dan daya tahan sektor PMKS - Zafrul
Insentif pembiayaan PMKS rancakkan ekonomi perniagaan, ringankan beban peniaga
Bajet 2023: Tumpu pembangunan PMKS agar lebih berdaya saing, kukuh

"Yang paling terdedah adalah kategori mikro ini secara umumnya, yang kita hendak tunggu adalah mekanisme pelaksanaan itu sendiri selepas ini. Apa yang diumum telah baik, telah cantik.

"Jadi sekarang harapan kami adalah untuk melihat proses pelaksanaannya disegerakan, dikurangkan birokrasi," kata Mohamad Faisal selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia, di sini.

Menurutnya, bantuan pinjaman mudah cara amat dialu-alukan, namun bagi mengelak beban hutang berpanjangan, bantuan moratorium lebih wajar diberikan kepada golongan rentan PMKS mikro.

(Mohamad Faisal selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia)

Media Baharu