fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan seludup arak di Muar

JOHOR BAHRU, 10 Oktober- Polis memberkas dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat kegiatan menyeludup minuman keras tanpa cukai di Bukit Pasir, Muar, 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tangkapan dibuat hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar dan pasukan risikn Pasukan Gerakan Am, Batalion 6, Bakri.


(Antara hasil serbuan yang dirampas polis)

"Hasil serbuan merampas 137 karton atau 3,288 tin dan 55 karton atau 1,120 botol minuman keras.

"Nilai rampasan minuman keras dan sitaan kereta bernilai lebih RM112,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 47 dan 62 tahun, direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Media Baharu