KUALA LUMPUR, 27 November- Penyumbang dan penyedia makanan harus memastikan makanan yang disumbangkan belum melepasi tarikh luput dan selamat untuk dimakan.
Pada masa sama, amalan membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih juga harus di amalkan semua mangsa banjir, petugas dan sukarelawan sebelum menyediakan makanan.
Pegawai Perubatan Sarjana, Pakar Perubatan Keluarga Kementerian Kesihatan Setapak, Dr Muhammad Farid Azraai Muhar berkata keracunan makanan, taun, hepatitis A dan demam kepialu merupakan antara penyakit yang sering dilaporkan ketika musim bencana itu.
"Di PPS kita mempunyai bekalan mkanan yang agak terhad akan tetapi kita harus sentiasa cakna, contoh jika makanan itu dalam satu paket kita perlu periksa terlebih dahulu tarikh luputnya keranan ada kes-kes tertentu banyak bantuan diberikan telah melepasi tarikh luput.
"Yang kedua, mkanan yang disajikan itu perlulah segar, masih panas dan jangan makan makanan yng sudah basi yang sudah berbau dan juga sudah nampak yang tidak baik pada pandangan kita,"katanya.
Beliau bercakap selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya memastikan sumber air yang diminum juga bersih bagi mengelak dijangkiti penyakit bawaan air.