fb fb fb fb fb

Lebih 70 program belia dilaksana di Johor

Mohd Hairi Mad Shah

ISKANDAR PUTERI, 27 November- Sebanyak 71 program dilaksana di seluruh negeri Johor sepanjang tahun ini melibatkan 30,000 belia di negeri itu bagi mengelak golongan tersebut terbabit aktiviti tidak sihat hingga terjerumus ke kancah jenayah.  

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pelbagai program intervensi sosial turut dijalankan bagi memberi kesedaran kepada belia, sekali gus mengelak mereka terlibat dalam masalah sosial. 

"(Sejumlah) 10 program intervensi sosial dari 'belia untuk belia' (Y2Y) bagi tahun 2023 yang menumpukan kepada advokasi, kempen, pendidikan dan latihan.

"Ia menfokus kepada usaha untuk mengurangkan keterlibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial," katanya pada persidangan kedua Dewan Negeri Johor di sini.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor merekodkan peningkatan sebanyak 2,402 kes jenayah membabitkan belia di bawah 40 tahun bagi tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 1,970 kes. 

SITI AISHAH BINTI MD ISA