fb fb fb fb fb

4.6 tan barangan keperluan dihantar ke pengkalan hadapan Pulau Redang

Beras adalah barangan utama yang dihantar JKM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 November- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan telah melakukan penghantaran barangan keperluan ke pengkalan hadapan Pulau Redang Kuala Nerus.

Penghantaran dilakukan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut negeri.

Pengarah JKM Terengganu Mazura Ngah Abd Manan dalam satu kenyataan berkata barangan seberat 4.6 tan itu telah dihantar pukul 8.30 pagi tadi.

"Ini merupakan penghantaran kedua pihaknya ke pulau seluruh negeri kerana terdapat masalah berkaitan pengangkutan sebelum ini,"katanya dalam kenyataan tersebut.

Jelas Mazura, Jumaat lalu penghantaran pertama melibatkan 2.9 tan barangan keperluan asas yang telah dihantar ke Pulau Perhentian Besut.

Katanya, antara barangan keperluan asas yang dihantar termasuk beras, susu bayi, gula, biskut, minyak, air mineral, sardin dan meehon.

Menurut Mazura lagi barangan keperluan asas yang dihantar ke Pulau Redang untuk kegunaan 1,000 penduduk.

KM Terengganu telah selesai menghantar keperluan banjir ke 164 pengkalan hadapan seluruh negeri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE