fb fb fb fb fb

Banjir: 210 penduduk di Taiping berlindung di empat PPS

Foto APM Perak

TAIPING, 3 Oktober - 210 penduduk daripada 68 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka malam tadi, susulan banjir. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi kenyataan memaklumkan, setakat pukul 8 pagi, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 114 orang daripada 37 keluarga.

"PPS SK Matang Gelugor pula menempatkan 46 penduduk daripada 13 keluarga manakala 31 penduduk daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya.

"Manakala 19 penduduk daripada empat keluarga berlindung di PPS SK Matang ," jelas kenyataan tersebut.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN