fb fb fb fb fb

Bangunan sekolah daif, 830 sekolah dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik kesungguhan kerajaan dalam menangani isu sekolah daif.

KPM menerusi kenyataan berkata perkara itu selaras dengan tujuh aspirasi kementerian itu iaitu mengutamakan agenda berkaitan pembangunan sekolah daif di seluruh negara.

Selain itu, KPM juga telah mengenal pasti bangunan-bangunan sekolah yang daif untuk dinaik taraf melaluli analisis skor gred impak yang memerlukan penggantian atau pembangunan semula.

Berdasarkan skor tersebut, KPM memberikan keutamaan untuk melaksanakan projek penggantian kepada blok bangunan di sekolah yang berada pada skala enam dan tujuh.


(Foto fail)

"Sehingga 31 Januari tahun ini, sebanyak 830 buah sekolah mempunyai blok bangunan yang berada pada skala enam dan tujuh yang memerlukan penggantian atau pembangunan semula.

"Bilangan bangunan daif ini adalah dinamik selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi-agensi teknikal.

"Projek yang diangkat untuk kelulusan pelaksanaan juga terdiri daripada senarai sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7.

"KPM komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid serta warga sekolah di seluruh negara," katanya kenyataan itu.

 

Media Baharu