fb fb fb fb fb

Radio tetap relevan sebagai medium penyampai maklumat - Sulaiman

Foto FB Ketua Menteri

AYER KEROH, 13 Februari- Radio tetap relevan sebagai medium penyampai maklumat kepada masyarakat.

Justeru, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap stesen radio khususnya RTM dapat terus maju dan menjadi penyalur maklumat sahih.

"Sempena dengan sambutan Hari Radio Sedunia ini, saya harap stesen radio baik RTM dan swasta dapat memberikan maklumat dengan lebih tepat dan padat kepada masyarakat dengan bahan yang bermutu dan berkualiti tinggi," kata Sulaiman kepada pemberita RTM dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan kerajaan negeri Melaka, di Seri Negeri, di sini.

Sementara itu, penjawat awam, Faris Haikal Zakaria menyatakan Melaka FM menjadi medium buat mereka mendapatkan berita terkini dan wadah hiburan tempatan nombor satu.

"Kita tahu tanpa radio hidup kita akan sunyi. Tanpa radio, mungkin ada informasi yang kita tak dapat terutamanya di MelakaFM sendiri, banyak input dan maklumat yang menarik yang dikongsikan buat rakyat Melaka.

Saya selaku rakyat Melaka mengucapkan terima kasih kepada MelakaFM sentiasa menjadi halwa telinga yang baik untuk saya mendapatkan informasi dan juga pilihan lagu-lagu sangat terbaik," kata Faris kepada pemberita RTM.


(Foto Hiasan)

Media Baharu