fb fb fb fb fb

Bangunan baharu Kastam Labuan siap dibina

Bangunan baharu JKDM Labuan di kawasan perindustrian syarikat logistik ASB Sdn Bhd berkeluasan 42 kaki persegi siap dibina pada Disember 2023 dilengkapi dengan ruang pejabat dan fasiliti lain

LABUAN, 6 Februari- Bangunan baharu satu tingkat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan di kawasan perindustrian syarikat logistik Asian Supply Base (ASB) Sdn Bhd telah siap dibina sepenuhnya.
 
Ini sekali gus mempertingkatkan pengoperasian jabatan itu menjalankan aktiviti penguatkuasaan dalam sektor minyak dan gas.
 
Bangunan berkeluasan 42 kaki persegi siap dibina pada Disember 2023 dilengkapi dengan ruang pejabat dan fasiliti lain.
 
Pembinaan bangunan itu membabitkan peruntukkan kewangan berjumlah RM270,000.

Kemudahan pengoperasian bangunan itu bertujuan memudahkan proses pemeriksaan dan pengurusan dokumentasi daripada syarikat-syarikat yang melakukan aktviti pemunggahan serta memantau barang-barang logistik yang di bawa masuk dan keluar.
 
Secara rasmi, bangunan itu telah diserah milik oleh ASB Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Japar Esteban kepada Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman.
 
Seterusnya penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan pengoperasian bangunan baharu tersebut.
 
Terdahulu, Datuk Mohd Nasir turut diberi taklimat mengenai aktiviti pertukaran kru oleh pihak pengurusan syarikat logistik berkenaan seterusnya melakukan tinjauan ke kawasan bangunan tersebut.
 
Hadir sama, Pengarah Kastam Labuan Aspalila Ag. Tuah.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE