fb fb fb fb fb

‘Piling’ pertama Projek Depot Rembus bermula hari ini

Datuk Seri Lee Kim Shin melawat tapak projek dan menyaksikan kerja pemasangan cerucuk pertama projek tersebut di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 6 Februari- Projek Depot Rembus untuk Sistem Pengangkutan Bandar Kuching, KUTS memulakan kerja- kerja pembinaan bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin memberitahu, bagaimanapun, projek yang terbahagi kepada lima komponen tersebut berada dalam pelbagai peringkat kemajuan semasa iaitu daripada 13 peratus sehingga 70 peratus.

Antara kerja-kerja yang telah dilakukan sebelum ini adalah peletakan geotekstil, pemasangan Prefabricated Vertical Drain, PVD dan kerja mengisi pasir.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek dan menyaksikan kerja pemasangan cerusuk pertama projek tersebut di Kota Samarahan hari ini.

Beliau meminta agar kontraktor bagi projek tersebut untuk mematuhi jadual siap projek iaitu pada penghujung tahun hadapan bagi meneruskan fasa lain bagi KUTS. Ia dijangka beroperasi pada awal tahun 2026 selepas tempoh percubaan dijalankan.

Projek bernilai RM260 juta tersebut merupakan pusat saraf bagi operasi KUTS yang merangkumi beberapa komponen antaranya Pusat kawalan Operasi dan Bengkel Mekanikal Pusat Transit Aliran Automosi, ART.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE