fb fb fb fb fb

BAKAT sampaikan sumbangan UAE kepada penduduk terkesan banjir


SELANGOR, 2 Januari- Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) menyampaikan sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkesan akibat banjir.

Bahagian Hal Ehwal ATM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 13 buah rumah anggota pasukan keselamatan itu yang terkesan banjir di sekitar Shah Alam, Klang dan Hulu Langat telah dikunjungi.

700 anggota tentera terkesan banjir menerima barangan sumbangan berupa bungkusan kit solat yang disediakan oleh BAKAT di samping barangan sumbangan UAE terdiri daripada telekung, al-Quran, set kebersihan, barang kering dapur, beras dan minyak serta alat cucian.

Menyahut konsep Keluarga Malaysia, BAKAT ATM turut menyampaikan bantuan kepada beberapa keluarga orang awam yang ditimpa musibah banjir di Hulu Langat, Kampung Bukit Lanchung dan Rantau Panjang, Klang.

Kenyataan itu turut memaklumkan program bantuan berkenaan akan diteruskan di Temerloh dan Mentakab, Pahang dengan tumpuan diberikan kepada anggota di Kem Batu 3, Temerloh.

Khamis lepas, UAE menyerahkan bantuan itu dan simbolik penyampaian sumbangan diadakan di Wisma Perwira ATM melalui dutanya di Malaysia, Khalid Ghanim Alghaith.

Media Baharu