fb fb fb fb fb

'Mohon kaji semula tangguh umrah' - BUMITRA



KUALA LUMPUR, 2 Januari- Persatuan agensi-agensi pelancongan Malaysia meminta kerajaan mengkaji semula keputusan penangguhan umrah bermula 8 Januari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia - BUMITRA, Ab Rahman Mohd Ali berkata, ia berikutan implikasi kewangan besar bakal ditanggung bakal jemaah umrah dan dan agensi pelancongan terlibat.

"Dengan berlakunya penundaan ini, agensi pelancongan berada dalam keadaan amat sukar mengendali keadaan jemaah yang berada di sana,

"Dalam masa sama kami perlu menjawab panggilan jemaah-jemaah yang ingin membatalkan penerbangan ke sana berikutan penundaan ini," jelasnya kepada pemberita.

Katanya, persatuan juga berharap kerajaan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada pihak yang kerugian akibat penangguhan tersebut.

Persatuan Agensi Perlancongan Umrah dan Haji (PAPUH) dan Malaysian Agency Travel and Tour Association (MATTA) turut senada dengan BUMITRA.

Semalam, Menteri Kesihatan memaklumkan kebenaran perjalanan ibadah umrah ditangguhkan sementara.

Beliau memaklumkan ketetapan itu dibuat berikutan penularan varian Omicron.

Media Baharu