fb fb fb fb fb

Banjir di Johor lebih 1,600 orang dipindahkan ke 28 PPS

JOHOR, 2 Januari - Sehingga pukul 8 pagi tadi, seramai 1,646 penduduk terjejas banjir yang melibatkan 425 keluarga direkodkan di Tangkak dan Segamat.

Sebanyak 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di Segamat, manakala 1 PPS di Tangkak.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan memaklumkan, PPS SJK(c) Tah Kang di Segamat merekodkan angka paling ramai dipindahkan iaitu 274 daripada 70 keluarga.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, 267 orang, diikuti Dewan SK Batu Anam, 256 orang. PPS Dewan Serbaguna Logah pula, 211 orang, PPS Sekolah Rendah Jenis kebangsaan cina Ai Chun, 169 orang. " Kata R. Vidyanathan di sini.

Di Tangkak, angka penduduk yang dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak kekal 31 orang, sejak mula dibuka petang semalam.

Paras air di Sungai Segamat juga kini melebihi paras bahaya, 9.14 meter iaitu 9.45 meter

 

Media Baharu