fb fb fb fb fb

Hujan lebat berterusan di 4 negeri diramal berlaku sehingga esok

KUALA LUMPUR, 2 Januari - Hujan lebat berterusan diramalkan berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran peringkat jingga (buruk) di kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan manakala Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor serta seluruh Melaka.

Hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pula dijangka berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor hingga esok.

Daerah terlibat ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim, Jelebu, Seremban, Port Dickson, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Hujan berterusan peringkat kuning juga dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Selasa ini.

Kawasan terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat - BERNAMA

 

Media Baharu