KUALA LUMPUR, 2 Januari - Setakat pukul 9.30 pagi tadi, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 7,252 orang daripada 2,010 keluarga masih ditempatkan di 113 PPS.
Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Melaka mencatatkan angka tertinggi iaitu masing-masing dengan 1,770, 1,750, 1,622 dan 1,161 orang.
Di Sabah pula 504 orang membabitkan 129 keluarga belindung di 3 PPS.
Manakala penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu pula menurun kepada 308 dan 137 orang.