KUALA LUMPUR, 2 November - Bakat muda Malaysia dipelawa meneroka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor di Turkiye.
Ketua di Pejabat Sumber Manusia Presiden Turkiye, Profesor Madya Dr Salim Atay berkata ia berdasarkan kebolehpasaran dan kemampuan graduan tempatan untuk berkhidmat di dalam bidang berimpak tinggi seperti teknologi pertahanan, teknologi maklumat, automotif dan telekomunikasi.
(Dr Salim ditemubual secara eksklusif sempena pameran kerjaya TALENTforBIZ, di sini)
"Ini merupakan peluang yang baik. Ramai rakyat Malaysia telah mendapat pendidikan di Turkiye. Begitu juga ada pelajar Turkiye menuntut di universiti yang bagus di Malaysia.Malaysia merupakan negara perindustrian sama seperti Turkiye.
Kita mahu hubungan kedua-dua negara diperkukuh, apatah agi dengan persamaan dari sudut budaya yang terjalin sekian lama.Ini sebenarnya peluang untuk kita. Saya harap bakat di Malaysia dapat memanfaatkan acara ini. " kata Dr Salim di sini.
Pameran kerjaya itu menghimpunkan 12 syarikat multinasional negara berkenaan antaranya Aselsan, Evyap, Turkish Airlines dan Turk Telekom.