fb fb fb fb fb

Polis Kedah kenal pasti beberapa kawasan panas menjelang PRU15

ALOR SETAR, 2 November- Beberapa kawasan panas di Kedah dikenal pasti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, antara kawasan terlibat ialah Alor Setar, Kubang Pasu, Baling, Kuala Muda dan Langkawi .

Selain itu, beliau memaklumkan sejumlah 2,243 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di 15 lokasi penamaan calon di negeri itu.

"Penempatan di 15 lokasi ini bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman sekitar kawasan itu dengan dibantu unit Pasukan Simpanan Bersekutu, Unit Tindakan Rusuhan Awam dan Unit Tempur Ringan," katanya selepas menghadiri simulasi ketenteraman awam bagi menghadapi PRU15.

(Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah)

Selain itu beliau meminta setiap calon yang bertanding supaya mengadakan perjumpaan dengan ketua polis daerah masing-masing bagi melancarkan urusan sepanjang PRU15.

Setiap calon juga perlu memohon permit daripada polis sepanjang tempoh berkempen nanti.

Media Baharu