fb fb fb fb fb

Perubahan ketara pola pencalonan, strategi untuk menang PRU- Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 2 November- Perubahan ketara dalam pola pencalonan hampir kesemua parti yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, bukan strategi baharu.

Penganalisis Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berkata, ia sudah dipraktikkan pada PRU ke-14, bagi merintis perubahan kepada landskap politik negara.

Beliau berkata pengguguran mahupun peletakan calon baharu yang lebih muda, bukan sesuatu yang memeranjatkan.


(Penganalisis Politik, Universiti Sains Malaysia (USM),
Prof. Dr. Sivamurugan Pandian)

Katanya, kajian mendapati penampilan seseorang calon penting sebagai langkah pertama bagi sesebuah parti merealisasikan pencapaian sekaligus meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

"Jadi, itu memberikan satu impak dan juga perubahan besar kerana strateginya, adalah untuk mengukuhkan kawasan asal dan kemudian bergerak dgn menggunakan pesona personaliti baru. Pesona itu digunakan untuk membolehkan tarikan ke atas personaliti dan juga parti.

"Jadi saya rasakan, perubahan yang berlaku ini adalah juga disesuaikan dengan perubahan demografigeografi, stratifikasi di dalam parti dan juga anjakan yang berlaku berdasarkan kepada perubahan ekosistem arena politik kita", katanya dalam sebuah rancangan terbitan RTM.

Media Baharu