ALOR SETAR, 2 November- Seramai 757 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah berdaftar memohon sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon berkata komitmen menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tidak menjejaskan kesiapsiagaan pasukan menghadapi sebarang kemungkinan banjir.
Jika berlaku kemungkinan bencana banjir susulan Monsun Timur Laut, JBPM akan mengetuai operasi di pusat penamaan calon dan pusat–pusat pengundian.
(Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon)
"Kita telah mengarahkan bagi keanggotaan yang bertugas pada 19 haribulan, anggota yang bertugas pada hari tersebut untuk mendaftar sebagai pengundi pos dan proses tersebut sedang berjalan.
"Sekiranya berlaku apa-apa kejadian berkaitan dengan bencana banjir atau pun seumpamanya dalam tempoh itu, insyaallah kami bersedia untuk bekerja mengetuai apa apa juga operasi penyelamatan, operasi yang berkaitan dengan sebarang insiden semasa Monsun Timur Laut dan juga semasa PRU15 nanti, Insya-Allah kita bersedia", katanya
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan JBPM Kedah dan penghargaaan kepada warga kerja JBPM Kedah.
Turut menerima sijil penghargaan khas JBPM Kedah, atas Laporan Semasa Media Massa dan media Cetak Operasi Pemadaman dan Penyelamatan JBPM, wartawan serta jurukamera RTM Kedah, Noorhidayah Anuar dan Mohamad Ikram Rahim.